Monday, January 18, 2010

Asrama SMAD KLANA

Siksa meninggalkan solat ( Tanbihul Ghafilin )


الباب الأول في عقوب تارك الصلاة

Bermula bab yang pertama pada menyatakan siksa orang yang meninggalkan sembahyang, firman Allah s.w.t (قال الله تعلى : ويقيموا الصلوة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة) Telah berfirman Allah s.w.t “Dan dirikanlah olehmu akan sembahyang dan dirikan olehmu akan zakat dan demikian itu agama yang sebenarnya”.Dan telah sabda Nabi s.a.w : “ Sembahyang itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikanya maka dia mendirikan agama, dan barangsiapa meninggalkan dia maka merasa-rasa ia meruntuhkan agama”.


( قال النبى صلى الله عليه و سلم ما بين المسلم و المنافق إلآ ترك الصلاة فإن تركها جاحدا لوجوبها كان كافرا)

Dan sabda Nabi s.a.w tiada berbeza muslim dan munafik melainkan orang yang meninggalkan sembahyang dan juga ditinggalkan pada hal mungkar akan wajibnya adalah orang kafir , nauzubillah.Daripada Nabi s.a.w

“ Barangsiapa meninggalkan akan sembahyang maka siksa atas lima belas (15) , dan enam (6) perkara ada dalam dunia, dan tiga (3) perkara ada pada ketika matinya, dan tiga (3) perkara didalam kuburnya, dan tiga (3) perkara pada ketika bertemu dengan tuhannya. Maka sembah sahabat

“ Ya Rasulullah “ Apa siksa yang didalam dunia ini? Maka sabdanya yang pertama
(1) diambil oleh Allah s.w.t akan berkat daripada umurnya, yang kedua
(2) diambil oleh Allah s.w.t berkat pada rezekinya, yang ketiga
(3) diambil oleh Allah s.w.t namanya yang soleh pada mukanya, yang keempat
(4) tiada terpelihara baginya agama islam, yang kelima
(5) tiap-tiap amalan yang diamalkan didunia daripada segala amal kebajikan tiada diberi pahala atasnya, yang keenam
(6) tiada diangkatkan doanya oleh malaikat kelangit.

Maka sembah sahabat “ Apa siksa tatkala matinya? Maka sabdanya yang pertama
(1) adalah dimatikan dengan kehinaan,
(2) matinya dengan sangat lapar, yang ketiga
(3) matinya dengan sangat dahaga, jikalau dituangkan air yang didalam dunia iniitupun tiada memuaskan dahaganya.

Maka sembah sahabat “ Apa siksa yang didalam kuburnya? Maka sabdanya adalah yang pertama
(1) disempitkan Allah s.w.t kuburnya dan disuruh oleh Allah s.w.t akan dua malaikat yang menyiksa akan dia hingga datang kepada hari kiamat. Dan adalah yang menyiksa orang yang meninggalkan sembahyang itu beberapa ular, nama ular itu suja’ul akra’ dan kedua matanya daripada neraka dan kuku malaikat itu daripada besi dan panjang kukunya perjalanan sehari semalam dan pada tangannya suatu cokmar daripada besi, maka berkata malaikat itu kepada mayat, maka suaranya seperti guruh yang keras, berkatalah ia “ Aku disuruh tuhanku bahawa aku memukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyangs ubuh hingga zuhur dan engkau meninggalkan sembahyang zuhur hingga asar dan engkau meninggalkan sembahyang asar hingga maghrib dan engkau meninggalkan sembahyang maghrib hingga isyak dan engkau meninggalkan sembahyang isyak hingga subuh. Maka tiap-tiap kali pukulan itu maka tertanam mayat kedalam bumi tujuh puluh hasta, maka dikeluarkanya pula dengan kukunya kepada tempat permulaanya, maka dipalu pula , maka tiadalah berhenti lagi hingga hari kiamat, nauzubillah

..... bersambung...